Wednesday, December 22, 2010

WEBUCATION terkini.. mampu menarik minat pelajar

0 comments



Salam to all members...jika kita lihat.. anak-anak hari ini hidup dalam dunia ICT. Zaman mereka di panggil " SCREENAGERS " mereka bermain dgn Teknologi canggih.. mereka sangat kurang membaca buku tetapi kerap membaca di internet.. Jadi begitu juga dalam pendidikan.. hari ini wujudnya WEBUCATION yg menjadi penyelesaian dan mampu menarik minat anak-anak belajar..


Thursday, September 23, 2010

Teknologi Terhebat untuk Anak-anak Berjaya

0 comments
pernahkah anda lihat teknologi yg sebegini hebat di malaysia?? mampu menarik minat2 pelajar study.. anak anda pasti cemerlang dalam akademik.
jika ia di jadikan perniagaan pn sudah pasti ia tiada tandingan.. kerana eLearnig ini adalah sebuah sistem pembelajaran input dan output yg paling lengkap dalam sejarah!! call me... now 017 9073486

Friday, September 17, 2010

SCORE A PROGRAMME - kerjaya yang aku sayangi..

0 comments



Hampir setahun aku berada dalam perniagaan ini.. ia mewarnai kehidupan aku yg sentiasa ceria... istimewanya kerana ia penuh dengan suasana positif dan aman... adat kehidupan.. dan perniagaan.. mesti ada rempah ratusnya... tetapi ia membuatku terus berjuang dan dahagakan kejayaan.. Ibarat kata falsafah.. " HARI INI ADALAH PERJUANGAN, ESOK ADALAH PENGAHRAPAN DAN LUSA ADALAH KEMENANGAN "

Monday, April 26, 2010

Kerjaya Dalam Bidang e-Pendidikkan

0 comments
Umum mengetahui bahawa sekarang IT mrmguasai dunia. ICT adalah trend baru dunia kerana ia tidak terhad dan mempunyai jaringan yang luas meliputi seluruh dunia.
Di Malaysia, ICT semakin berkembang pesat.
jumlah penduduk yang celik IT semakin meningkat.
Sejajar dengan itu, kerajaan Malaysia memperuntukkan RM 150 Juta dalam R.M. ke9 mewujudkan e-Learning.


Kerajaan mensasarkan pada tahun 2010 sekolah-sekolah di seluruh negara adalah sekolah bestari dengan melengkapkan setiap sekolah dengan Makmal komputer dan akses centre. Pada tahun ini juga Kerajaan melancarkan Pusat Komuniti Jalur lebar keseluruh pelusuk negara.

Sunday, March 28, 2010

10 Hadiah Utama Yang Sering Dilupai Untuk Orang Yang Tersayang

2 comments
Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia


6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.


dipetik dari:
http://ibnuhajar23.blogspot.com

10 Perkataan Lazim Kaum Hawa

0 comments
FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.

PERGILAH!
(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.

‘OKAY LAH’
bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.


dipetik dari:
http://www.esempoi.com

Saturday, March 20, 2010

Salam...

0 comments
Ok... ni aku nk bgtau pasal bisnes score A programme...
sila lawati kt blog ni

http://scorea-uzma.blogspot.com
older post